GAYA baru potongan rambut ‘zig-zag’ bintang terkenal Portugal, Christiano Ronaldo nyata menarik perhatian dunia, selain mendapat pujian dari peminatnya, Ronaldo turut dikritik hebat.
Namun ramai yang tidak menyangka bahawa gaya ‘zig-zag’ bukan hanya menjadi fashion terbaru rambut pemain bola sepak tersebut tetapi sebenarnya melambangkan tanda penghormatan kepada seorang kanak-kanak di Sepanyol yang terpaksa menjalani pembedahan otak akibat mengidap kanker.
Dikabarkan, Pemain sepakbola terkenal tersebut telah membiayai keseluruhan biaya pembedahan anak yang bersangkutan yang dikenal bernama Erik Ortiz Cruz.
Pada Februari lalu, Ronaldo menyumbang sebanyak 83,000 pound sterling kepada Erik bagi tujuan itu.
Dahulu pun, dia juga pernah membiayai perawatan kanker yang dialami seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun pada 2012.